Syarikat bumiputera MOFAZ, mengumumkan kerjasama korporatnya bersama media penyiaran TV Al-Hijrah. Hari ini, sebuah majlis menandatangani kerjasama korporat diadakan bertempat di ibu pejabat MOFAZ. Perjanjian kerjasama ini ditandatangani oleh Presiden MOFAZ, Tn. Haji Mohamed Fauzy Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Encik Namanzee Harris.

Komitmen MOFAZ ialah untuk membawa program My #QuranTime untuk 604 episod iaitu sampai khatam Al-Quran. Program ini bermula pada tahun 2020 sehingga tahun 2022. Semoga sumbangan MOFAZ ini yang berniat ikhlas untuk memberikan peluang baca, faham dan amal Al-Quran kepada seluruh manusia di dunia ini.

Pada dekad yang keempat ini, MOFAZ yang kini memartabatkan falsafah perniagaan “Wasillul Arham” yang membawa maksud ‘Silaturrahim’ sebagai ‘tagline’ syarikat dan memperkenalkan “Sejahtera Dunia Akhirat” bagi rangkaian produk makanan sunnahnya yang diberi jenama Al’Aafiyah, produk-produk seperti kurma, madu kurma dan habbatus saudah. Ini sinonim dengan usaha MOFAZ untuk lebih dekat dengan pengguna dan masyarakat yang mementingkan gaya hidup berorientasikan Islamiah dan gaya hidup sihat.

Bagi meneruskan usaha silaturrahim ummah, MOFAZ akan bekerjasama dengan ASEAN Chamber of Commerce (ACC)  dan International Association of Islamic Business (IAIB) untuk menganjurkan misi ibadah korban di Rusia sebagai mengeratkan lagi silaturrahim umat Islam Malaysia dengan umat Islam di Rusia pada Aidiladha tidak lama lagi. Justeru itu, Presiden IAIB, Mr. Marat Kabaev yang telah melantik Presiden MOFAZ sebagai Pengerusi IAIB Malaysia dan ASEAN juga telah melantik MOFAZ bagi mengetuai misi korban ini di Malaysia. TV-Al-Hijrah adalah rakan penyiar rasmi bagi misi ini. Ibadah korban tersebut akan dilaksanakan di Kazan, Tatarstan oleh IAIB dan hasil korban akan diagihkan kepada madrasah, rumah anak yatim, orang kurang upaya dan warga muslim daif di Rusia.

MOFAZ, kini berganding bahu melalui kerjasama untuk program penyampaian berbentuk Islamik bermula dengan rancangan ‘Ihya Ramadhan dan Kembara Sufi pada bulan Ramadhan yang lalu dan rancangan pentafsiran Al-Quran My #QuranTime yang kini popular di kalangan penonton TV Al-Hijrah. Rancangan ini merupakan program pencapaian tertinggi di TV Al-Hijrah dan telah mencecah melebihi 1 juta orang penonton. Fokus utama rancangan ini adalah untuk memberikan pendidikan ilmu pengetahuan untuk mendalami isi kandungan Al-Quran dengan cara muhasabah diri serta refleksi diri dengan membaca, memahami dan mengamalkan. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan semasa yang kurang mengizinkan, rancangan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai khususnya kepada masyarakat yang sememangnya pada kebiasaan akan menghadiri kuliah agama dan kelas Al-Quran di masjid dan surau.